13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening. (Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wewangian – Siapa saja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadits Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis
Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadits
Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah
kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan
mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadits Riwayat Muslim
dan Bukhari)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadits Riwayat At-Tabrani dan
Baihaqi)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem
puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang
ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka
taan yang baik (Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW
Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi. (Petikan dari Hadits Riwayat Ibn Majah)
11. Kemaluan –
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
Apabila seorang perempuan itu shalat lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadits
Riwayat Riwayat Al-Bazzar) Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An-Nasaii dan Ibn Majah)
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya. (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagi an tertentu.
13. Rambut –
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No. 4921)
Cuman share aja friend.. Beberapa hadis diatas beberapa ada yang belm
shokheh.. Tapi belum tentu juga salah.. Ya semoga di pergantian tahun
ini ada perbaikan untuk kesalahan2 yang kita lakukan ditahun lalu..
About Riant Daffa
RELATED POSTS
13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita
Reviewed by Riant Daffa
on
12.1.13
Rating: 5